Wednesday, June 29, 2011

RAMADHAN AL MUBARAK...Ya, Dia datang LAGI!!

ASSALAMUALAIKUM WBT....ya, bulan yang kita nanti2kan akan tiba tak lama lagi..bulan RAMADHAN...
hrmm..bila teringat je bulan ni mesti hati kecil ni tersenyum jer..mana taknya, bila puasa jer...mestila nak RAYA kan?? masa kecik2 dlu...puasa n raya la paling meriah sekali...mak kejutkan bangun sahur, lepas tu, dapat duit RAYA banyak2...tp, bila dah gantang ni, lain plak citernye...PUASA pon dah matangla..tak macam dulu2 lg...dah tak leh PUASA yang2 yok tau..hehe!! pergi solat terawih plak...bulan RAMADHAN la pengikat silaturrahim sesama kita. Di sini, daku nak citer skit pasal bulan RAMADHAN.

  TAHUKAH ANDA???
     bulan RAMADHAN mempunyai nama-nama lain yang mengandungi pengertian yang berbeza-beza sesuai dengan fungsinya masing-masing:

*Syahrullah, bererti bulan Allah
* Syahrul Quran, bererti bulan diturunkannya permulaan Al-Quran
* Syahru-Siyam adalah bulan berpuasa
* Syarus-Sabri iaitu bulan bersabar
* Syahrul-i'd dan Syahrut-Tilawah iaitu bulan yang didalamnya dirayakan hari berbuka dan juga bulan pembaca kitab suci Al-quran.
* Shahrun Najah iaitu bulan pembebasan daripada seksaan neraka
* Shahrur-Rahmah adalah bulan yang diturunkannya limpahan rahmat oleh Allah kpd para hamba-Nya
* Syahru Ala-i iaitu bulan penuh dengan kenikmatan serta mendapatkan limpahan kurniaan dari Allah
* Syahru Muwasah bermaksud bulan memberikan bantuan kpd orang2 yang berhajat atau memerlukan pertolongan
* Shahru Jud adalah bulan memberi, bermurah tangan, berbuat kebaikan kpd manusia atau membantu para miskin
* Syahrul Fath ertinya bulan kemenangan
* Shahrul Ibadah adalah bulan ibadah
* Shahrul Jihad ialah bulan jihad
*Shahrul Ghurfan bermaksud bulan pengampunan

Langkah2 yang harus di amalkan pada bulan puasa:

   1)  menundukkan pandangan dan menahannya dari memandang hal2 yang dicela dan dibenci Allah SWT iaitu yang dapat membuatkan kita lalai dari mengingati Allah SWT. misalnya menonton filem2 lucah dan sbagainya.
   2) menjaga lisan dari perbualan, mengumpat dan lain2 lagi. kita boleh mengelakkan berbuat sedemikian iaitu dengan diam, dengan memperbanyakkan dengan ucapan dengan menyebut nama Allah (zikrullah) dan tilwah Al-Quran. itulah puasa lisan
    3) menahan pendengaran dari mendengarkan setiap hal yang dibenci kerana setiap yang diharamkan perkataannya diharamkan pula mendegarnya
     4) menahan pelbagai anggota badan lainnya seperti tangan dan kaki dari pelbagai dosa. selain itu menahan perut dari memakan makanan yang haram.
      5) tidak memperbanyak makanan yang halal pada saat berbuka puasa sehingga penuh perutnya
      6) tidak pernah puas dengan setiap ibadah yang dilakukan. misalnya setiap kali selesai melakukan satu ibadah hatinya selalu harap apakah puasanya diterima atau tidak.


Keutamaan Puasa Ramadhan
sambutlah ia dengan penuh keikhlasan..

ya, siapakah kita?
bulan yang penuh kemuliaan:)
p/s: jgn puasa macm ni ek adik2
selamat berpuasa dari saya:p




  1. Puasa adalah perisai.
    Rasulullah salallah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari api neraka.” (HR. Ahmad dan Baihaqi, dihasankan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohihul Jami’).
  2. Orang yang berpuasa akan mendapatkan pahala yang tak terhingga.
  3. Orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan.
  4. Bau Mulut Orang yang bepuasa lebih harum di hadapan Allah daripada bau misik/kasturi.
  5. Puasa akan memberikan syafaat bagi orang yang menjalankannya.
  6. Orang yang berpuasa akan mendapatkan pengampunan dosa.
  7. Bagi orang yang berpuasa akan disediakan Ar Rayyan.
    Sahl bin Sa’d radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya di surga ada sebuah pintu yang bernama Ar-Royyaan. Pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa akan masuk syurga melalui pintu tersebut dan tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu tersebut kecuali mereka. Dikatakan kepada mereka,’Di mana orang-orang yang berpuasa?’ Maka orang-orang yang berpuasa pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu tersebut kecuali mereka. Jika mereka sudah masuk, pintu tersebut ditutup dan tidak ada lagi seorang pun yang masuk melalui pintu tersebut”. (HR. Bukhari dan Muslim).
  8. RAMADHAN  adalah projek ibadah- Rasulullah SAW mengatakan jika kita mambaca satu ayat Al-Quran di bulan RAMADHAN pahalanya sama dengan mengkhatmkan Al-Quran di bulan lain
  9. RAMADHAN adalah pengampun dosa-Allah membukakan pintu taubat dan keampunan.kita perlu beristighfar di bulan yang suci ini. slain itu, kita juga perlu memperbanyakkan sujud memohon keampunan di malam-malam hari
  10. RAMADHAN mengeratkan silaturrahim
  11. RAMADHAN mengurangkan kemiskinan- bulan ini juga bulan bersedekah.zakat fitrah n zakat harta biasa kita lakukan di penghujung RAMADHAN adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan.
  12. RAMADHAN adalah pembinaan Akhlak-puasa melatih kita dalam mengendalikan emosi
  13. RAMADHAN adalah bulan merenung dan mengenal diri-RAMADHAN adalah hari2 ketika kita merehatkan fikiran kita drpd ruti harian yang membelenggu. RAMADHAN ibarat kepompong yang akan membentuk kita menjadi individu baru.oleh itu, manfaatlah bulan ini dngn sebaik mungkin.


   

No comments:

Post a Comment